Tuesday, 15 November 2011

Bloodline...

Ni keje Final Year Project aku dalam Diploma in Animation kat Unikl-MIIT. 


Kena buat short animation, durasi dalam 3 minit camtu. Ni poster jer, tajuk Bloodline, bermaksud pertalian darah. Short animation ni cuma ada scene fighting jer.


Poster ni dalam bentuk lukisan 2D, tapi animasi aku tu aku buat dalam 3D, guna software XSi (Softimage). 


Animasi aku belum siap lagi, jadi aku dah tarik diri dari final present, tapi aku tak tahu la lecturer masih boleh terima tak kalau aku submit lepas ni. 


Apa-apa pun aku tengah berusaha nak siapkan. Macam-macam masalah sepanjang aku buat projek ni, sehingga la aku tak boleh nak present. 


Nanti-nanti lah aku citerkan segala kesusahan aku dalam nak siapkan projek ni. 


Short animasi ini nanti akan aku uploadkan bila dah siap. Tak lama je lagi nak siap ni. Harap-harap la boleh siap sebelum lecturer key-in markah dalam sistem nanti.

SUMPAH, AKU DAH PENAT MENGADAP KEJE NI~



POSTER



Karekter: KIM
karekter ni aku taruk nama KIM sempena nama adik bongsu aku Irfan Hakim..

Model 3D untuk karekter KIM




Karekter: ASH
karekter ni aku taruk nama ASH sempena nama adik aku yg tengah, Haziq Ashraf

Model 3D untuk karekter ASH




Kenapa tajuk short animation ni Bloodline?
Kenapa short animation ni cuma ada scene fighting?
Kenapa aku gunakan nama adik-adik aku untuk nama karekter short animation ni?
Semuanya lebih kurang ada kene-mengena ngan kisah adik-beradik korang time kecik-kecik dulu.

*Gunakan imaginasi korang untuk tentukan jalan cerita ni..hehe..

*AMARAN: short animasi ini tak best pon dari segi jalan citer, animation mahupun effect, sebab aku budak baru belajar. Ini cuma percubaan pertama aku dalam bidang animasi ni.
"I'M NOT PROFESIONAL YET, BUT I'LL KEEP LEARNING"

Design t-shirt photography~


Aku nyer design untuk photography. Sesaje je buat, tak tahu nak gunakan logo ni untuk apa. Mungkin boleh buat t-shirt photography aku sendiri kot. Tengok la nanti camne...


Ni la design t-shirt photography aku~
Sesaje je buat ni.. ^_^


Saturday, 1 October 2011

Photography Resume photoshoot~

Ni la antara gambar-gambar yang aku dengan member aku (Shawn) snap masa tengah nak cari gambar yg sesuai untuk buat resume yang tak beberapa nak macam resume sangat tu. Hahaha~ (tambah hahaha supaya tak nampak serius)

Semua lokasi ni dekat rumah aku. Dekat area LRT Damai..




DSLR: Nikon D5000
Lens: Tamron 18-200mm





DSLR: Nikon D5000
Lens: Tamron 18-200mm





 DSLR: Nikon D5000
Lens: Tamron 18-200mm




 DSLR: Nikon D5000
Lens: Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Editing HDR: Adobe Photoshop CS2





 DSLR: Nikon D5000
Lens: Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Editing HDR: Adobe Photoshop CS2







 DSLR: Nikon D5000
Lens: Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Editing HDR: Adobe Photoshop CS2





 DSLR: Nikon D5000
Lens: Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Editing HDR: Adobe Photoshop CS2





DSLR: Nikon D5000
Lens: Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Editing HDR: Adobe Photoshop CS2



Terima Kasih sebab sudi menjenguk gambar-gambar ni =)

Friday, 30 September 2011

Photography Resume aku~

Miss Bazilah suruh buat resume untuk apply keje nanti praktikal. Disebabkan kitorang ni course animation, so..resume kena la kreatif. Tapi aku nak apply keje as photographer bila praktikal nanti. So...... Ni la Resume Photography aku.... Aku tak tau la ni di kira resume ke tak.. hak hak hak... Dah macam poster iklan pun ada gak...huk huk huk.. Aku main tibai je buat, sebab masa tengah nak perah idea aku asik pikir pasal keje photography jer..


Ni la hasil dia.. ^_<


credit to: photograph by Nur Syazwan Arasy


Harap-harap aku dapat tempat praktikal yg membolahkan aku buat keje-keje photography. Aku pun tak tau la kenapa aku boleh beralih minat dari animation ke photography.. Mungkin keje animation terlalu susah untuk aku dan aku enjoy buat keje photography =)

Tuesday, 27 September 2011

Design bisnes kad aku

Miss Bazilah yg comel tu suruh design bisnes kad, untuk kegunaan semasa exhibition final year project nanti.

Aku pun buat je lah dengan sesimple yang mungkin..huhu..malas nk buat design yg rumit(sebab komputer aku tak mengizinkan, huhu, kemalasan pun menjadi faktor jugak..huhu)


Ni design bahagian depan:



Ni design bahagian belakang:


biarlah teruk pun, asalkan boleh guna =)

Monday, 26 September 2011

Buat blog untuk assignment Portfolio

Hai. Blog ini baru sahaja di buat untuk tujuan menyiapkan assignment portfolio.

Blog ini akan digunakan untuk mem-publish hasil keje saya dalam bidang animasi dan juga photography.

Harap-harap la boleh lulus subjek tu dan dapat menggunakan blog ini untuk mempromosi hasil kerja. =)